Pengenalan

Kenali Atfal Jannah

Pusat Psikologi dan Rehabilitasi

Pusat Sehenti Untuk Perkembangan Anak Anda

Atfal Jannah ialah pusat psikologi dan rehabilitasi yang menawarkan perkhidmatan diagnosis terapi, rehabilitasi, sokongan dan pembelajaran kepada kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Atfal Jannah ialah klinik, pusat rawatan dan sekolah di tempat yang sama. Atfal Jannah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud ‘Anak-anak Syurga’.


Logo Atfal Jannah


Pohon

Mengambarkan anak dan orang dewasa iaitu ibubapa, guru dan masyarakatlah yang menjadi asas dalam pendidikan dan penyediaan keperluan anak-anak sehingga seseorang anak mampu berdikari,utuh dan kukuh seteguh sebatang pohon.

Warna coklat

Bermaksud semulajadi; terapi di Atfal Jannah dirangka sesuai fitrah semulajadi kanak-kanak

Warna hijau

Bermaksud alami; terapi di Atfal jannah berasaskan konsep alami & juga membawa maksud perkembangan kanak-kanak

Ungu

Keceriaan; Atfal Jannah amat menitikberatkan suasana ceria dalam setiap sesi terapi yang dijalankan.

Dikendalikan oleh Para Profesional


  • Pakar Psikologi klinikal
  • Terapi Pertuturan
  • Terapi Carakerja
  • Fisioterapi
  • Pakar Psikiatri