Yayasan

Mengenai Yayasan


Pada 28 Julai 2015 dengan mengambil sempena maksud “Kanak-Kanak Syurga” dalam Bahasa Arab, Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258).

Yayasan Atfal Jannah memberi tumpuan kepada lima aspek iaitu pembangunan infrastruktur, kebajikan pelajar, penajaan, penyelidikan dan pendidikan khusus kepada kanak-kanak dalam kategori OKU masalah pembelajaran.

YAJ dibarisi Ahli Lembaga Pemegang Amanah seperti berikut:-

  • Pn Hjh Azlina@Roszy Binti Mohamad Ghaffar
  • Tn. Hj Mohamad Farid Bin Mohd Amin

  • Tn. Hj Sufyan Bin Mohd Nor

  • Prof Kanan Dr. Mohamed Hatta bin Shahrom

  • Datin Paduka Hjh Che Asmah Binti Ibrahim

Aktiviti Yayasan


Menyedari masalah kos menjadi antara penyumbang kepada ketidakbolehan sesetengah golongan mendapatkan perkhidmatan diagnosis dan pemulihan dimana-mana pusat swasta, Atfal Jannah mengorak langkah lagi dengan penubuhan Yayasan Atfal Jannah pada bulan April 2015. Penubuhan ini tidak lain tidak bukan untuk memberi peluang kepada kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan bantuan dan sokongan khususnya dalam masalah kecelaruan perkembangan dan kecelaruan pembelajaran.

Selain itu yayasan juga menawarkan penajaan kepada para pelajar universiti khususnya dalam bidang Terapi Cara Kerja,Terapi Pertuturan dan Psikologi Klinikal dan menandatangani memorandum persefahaman dengan universiti tempatan dalam penyelidikan dan pembangunan terutama kanak-kanak dalam kategori ini.

Mengadakan usahasama dengan NGO untuk menubuhkan sekolah atau pusat intervensi awal kanak-kanak berkeperluan khas.

Mengadakan dialog dengan kerajaan atau badan-badan berkaitan untuk pembangunan bersama kanak-kanak berkeperluan khas.

Menandatangani perjanjian persefahaman bersama Universiti untuk bekerjasama dalam bidang penyelidikan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas.

Menjalinkan kerjasama dengan mana-mana Universiti untuk menawarkan biasiswa dan tajaan kepada pelajar dalam bidang-bidang berkaitan.

Menjadi bahan yang sah untuk mengutip zakat daripada pembayar zakat.

Mengadakan majlis atau program amal untuk kutipan dana.

Informasi Terkini