• Main
  • News

Kita Telah Memasuki Tahun Baharu Hijriyah Iaitu 1444h.

Kita Telah Memasuki Tahun Baharu Hijriyah Iaitu 1444h.

Kita telah memasuki tahun baharu hijriyah iaitu 1444H.

Antara peristiwa penting terkait dengan Maal Hijrah ialah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah. Hijrah ini adalah untuk agama, kerana Allah dan menjadi bukti bahawa cinta kepada Allah mengatasi cinta yang lain waima cinta kepada isteri dan anak-anak.

Tema yang telah ditetapkan bagi tahun baharu ini ialah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”. Dengan cara apa kita boleh merealisasikan aspirasi ini, bermula dengan keluarga kecil dan isi rumah kita? Kerana tiada harta dan kekayaan boleh membeli kemakmuran dan ketenangan.

Dalam bulan Muharram ini, terdapat juga satu hari di mana ada banyak fadhilat padanya iaitu pada 10 Muharram atau juga dipanggil Hari Asyura. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa dan banyakkan amalan sunat yang boleh mendekatkan diri kepada Pencipta.

Kami mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga dengan kedatangan tahun baharu ini membuka lebih banyak peluang untuk kita bersama-sama bergerak ke arah kebaikan.


About Us