• Main
  • News

Kanak-kanak Adhd Susah Untuk Termotivasi?

Kanak-kanak Adhd Susah Untuk Termotivasi?

KANAK-KANAK ADHD SUSAH UNTUK TERMOTIVASI?

Teknik motivasi biasa - seperti ganjaran dan akibat - tidak berkesan untuk kanak-kanak penghidap attention deficit disorder (ADHD atau ADD).

Apakah sebab di sebaliknya?

Bahagian otak bagi penghidap ADHD sedikit berbeza dari yang biasa. Ini seterusnya menyebabkan:

- bahagian otak yang mengawal fungsi eksekutif dan emosi mempunyai peringkat yang berbeza
- perbezaan ini menyukarkan otak mereka untuk menapis rangsangan yang tidak penting dan fokus kepda tugasan yang sedang dilakukan

kanak-kanak ADHD perlu berusaha lebih untuk mendapatkan maklumat dan memberi perhatian. mereka cenderung untuk merasa kecewa dan gagal lebih banyak dari meraih kejayaan, yang mana mempengaruhi persepsi mereka dengan lebih negatif. Kitaran ini akan melumpuhkan otak mereka.

Justeru, kanak-kanak ADHD memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memproses rangsangan, motivasi dan menguruskan kesan-kesan emosi dari cabaran yang mereka lalui.

Bukan kerana masalah sikap, tetapi kerana biologi saraf mereka.

Langkah pertama adalah dengan kesedaran bahawa mereka mempunyai ADHD.
Contohnya dengan berfikir seperti berikut:

- saya mempunyai ADHD
- saya boleh menerangkan keadaan saya pada orang lain
- saya faham kognitif saya tidak sama seperti orang lain
- tugasan yang mudah untuk orang lain boleh jadi sukar untuk saya

Selanjutnya, mereka perlu dibimbing oleh ibu bapa dan pihak terlatih tentang gaya fikir yang kuat, sihat dan berdaya tahan.

https://www.additudemag.com/adhd-motivation-techniques-brain/


About Us