• Main
  • News

Simptom Autisme Pada Kanak Kanak Autisme Tidak Dapat

Simptom Autisme Pada Kanak Kanak Autisme Tidak Dapat

SIMPTOM AUTISME PADA KANAK-KANAK

Autisme tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal sebaliknya dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.

Ia biasanya muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.

Autisme adalah gangguan spektrum. Ini bermakna bahawa sesetengah individu terjejas dengan autisme pada tahap yang rendah, sesetengah di peringkat sederhana dan sesetengah di tahap yang tinggi.

Berikut antara simptom autisme pada awal kanak-kanak yang boleh kita kenalpasti:

1. Tiada respon apabila dipanggil

Perkembangan kanak-kanak berumur 1 tahun merangkumi memberi reaksi, memandang atau respon apabila dipanggil. Ini termasuk senyuman sosial dan ekspresi mesra kepada orang lain.

Namun reaksi ini kurang atau tiada apabila kita berinteraksi dengan kanak-kanak yang mempunyai kecenderungan autisme.

2. "Stimming"/Flapping hand"

Stimming adalah singkatan bagi perkataan bahasa inggeris iaitu "self-stimulatory behaviour" di mana anak anda berjalan mundar-mandir, mengepak ("flapping hand") dan mengibaskan tangannya atau ada juga yang menghantukkan kepala di dinding secara berulang kali.

3. Perkembangan yang lambat dari tahap umur

Dari segi komunikasi, lazimnya anak autisme mengalami masalah lambat bertutur. Ada yang mengambil masa sehingga enam tahun untuk berbicara seperti orang lain.

Selain itu, kebiasaannya kanak-kanak dengan autisme juga akan mempunyai masalah dengan perkataan yang abstrak seperti gembira, sedih, menyampah atau tidak setuju kerana faktor perbezaan cara memproses maklumat berbanding orang biasa.

4. Tidak berminat bermain bersama kanak-kanak lain

Kebiasaannya mereka lebih suka bermain secara bersendirian. Sama ada mereka tidak menunjukkan minat kepada kanak-kanak lain ataupun menunjukkan rasa tidak selesa apabila berada bersama orang lain.

5. Sangat memilih makanan

Kebanyakan daripada kanak-kanak suka memilih makanan dan mereka ini selalu kita sebut sebagai ‘picky eater’. Tetapi jika tabiat permakanannya menjadi terlalu ekstrem, maka ia boleh menjadi salah satu tanda awal masalah autisme.

Sebahagian besar kanak-kanak autisme sangat sensitif dengan tekstur makanan ataupun suka menyimpan makanannya dalam mulut tanpa menelan. Perkara ini terdapat dalam 70% kanak-kanak yang mempunyai autism dan tabiat ini adalah 15 kali ganda lebih banyak berbanding kanak-kanak biasa.

Namun, sebahagian daripada simptom-simptom ini dapat dikurangkan dengan terapi yang berkala dan efektif. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

#atfaljannah #autisme #autism #autismawareness #autismacceptance #autismawarenessmonth


About Us