• Main
  • Yayasan

Yayasan

Mengenai Yayasan Atfal Jannah

Pada 28 Julai 2015 Yayasan ini didaftarkan dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258). Mengambil sempena maksud “Kanak-Kanak Syurga” dalam Bahasa Arab, Yayasan Atfal Jannah memberi tumpuan kepada lima aspek pendidikan kanak kanak kelainan upaya iaitu pembangunan insfrastruktur, kebajikan pelajar, penajaan, penyelidikan dan pendidikan khusus kepada kanak-kanak dalam ketegeri OKU Masalah Pembelajaran

Misi dan Visi Yayasan

Penyata Visi

Menjadi sebuah badan yang unggul, diyakini serta dihormati dalam membela dan membangunkan pendidikan kanak kanak Istimewa

Penyata Misi

  1. Menyemarakkan kesedaran dan penghayatan tanggungjawab sosial membantu pendidikan kanak kanak Istimewa
  2. Mengumpul dan menguruskan dana awam dengan amanah, profesional dan berkesan.
  3. Menggalakkan budaya kerjasama dan saling membantu dalam meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan kanak kanak Istimewa.