SUMBANGAN TERAPI & PENDIDIKAN PELAJAR ANAK YATIM AUTISME
Afia, Elia dan Areeb merupakan 3 beradik autisme yang telah kehilangan ayah disebabkan COVID-19 pada tahun 2021.
Ibu mereka Puan Rosmini (41 tahun) merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan kini menjadi ibu tunggal dengan 5 cahaya mata. Kini mereka menetap di salah sebuah perumahan di Bandar Seri Putra, Kajang.
Afia, Elia dan Areeb mempunyai Autism Spectrum Disorder (ASD) dan kini menjalani terapi di Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah Bukit Mahkota Kajang.
Afia berumur 14 tahun yang juga merupakan anak ke-2, Elia berumur 12 tahun dan anak yang ke-3, manakala Areeb berumur 10 tahun dan anak yang ke-4 dari 5 orang adik-beradik.
Afia menjalani terapi dalam program Vokasional, manakala Areeb dan Elia di dalam program Pendidikan Khas. Alhamdulillah, setelah hampir setahun anak-anak Puan Rosmini menjalani terapi di sini, mereka telah menunjukkan peningkatan dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.
Memandangkan Puan Rosmini seorang suri rumah, beliau tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung dengan PERKESO arwah suaminya sepenuhnya.
Yuran bulanan bersekolah di Atfal Jannah pada tahun 2022 adalah RM1,650/bulan. Ketiga-tiga mereka bersekolah di Atfal Jannah di bawah tajaan Yayasan Atfal Jannah, di samping bantuan Lembaga Zakat Selangor RM500/bulan untuk seorang.
Yayasan Atfal Jannah telah menanggung RM1,150/bulan untuk seorang dan total tanggungan pendidikan ketiga-tiganya berjumlah RM3,450 setiap bulan.
Pada tahun 2023, yuran Atfal Jannah terpaksa dinaikkan kepada RM1,800/bulan atas faktor kenaikan kos pengurusan, barangan dan sewaan.
Pada tahun ini, hanya Areeb dan Elia sahaja yang bersekolah di Atfal Jannah.
Setelah mengambil kira bantuan Lembaga Zakat Selangor RM500/bulan untuk seorang, Yayasan Atfal Jannah masih memerlukan dana sebanyak RM2,600/bulan (RM1,300 x 2 orang) dan RM31,200 untuk setahun.
Sumbangan dari orang ramai bagi membantu anak-anak Puan Rosmini mendapat terapi yang berterusan amat dialu-alukan agar Elia dan Areed dapat membina kemahiran dan kemampuan untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan.
Bantuan anda boleh disalurkan kepada:
Yayasan Atfal Jannah
1101 4935 94 (Bank Rakyat)
Rujukan: 3 Beradik
#atfaljannah #autisme #autism #autismawareness #autismacceptance #autismawarenessmonth #bantuanautisme #bantuan #derma #sumbangan