• Main
  • News

Raya Survival Tips Untuk Keluarga Bersama Anak Autisme

Raya Survival Tips Untuk Keluarga Bersama Anak Autisme

RAYA SURVIVAL TIPS UNTUK KELUARGA BERSAMA ANAK AUTISME

Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sambutan perayaan bersama anak autisme memerlukan persediaan awal.

Berikut adalah tips yang dikongsikan oleh Dr Hasnah Toran, Pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM dalam bidang Pendidikan Khas. Juga sebagai ibu yang mempunyai 2 orang anak autisme.

1. Baca 'social story for autism' versi raya bersama anak

2. Gunakan jadual visual versi raya

3. Buat persetujuan dengan pasangan mengenai rancangan dengan anak dengan autisme (contoh: rancang jadual berziarah pada hari raya, cukupkan tidur anak agar tidak 'crancky')

4. Jika boleh, kongsi maklumat mengenai keadaan anak kepada keluarga dan saudara-mara (pintu perlu tutup pada hari raya supaya anak tidak berada di luar pengawasan)

5. Anak autisme perlu sentiasa berada dalam pengawasan dan ibubapa selalu tidak dapat membantu persediaan raya, bawalah buah tangan secukupnya apabila pulang ke kampung

6. Siapkan semua barang sebelum pulang ke kampung (barangan asas, pakaian lebih, 'comfort items', permainan)

7. Pendekkan waktu melawat rumah sanak saudara

8. Bergilir-gilir mengawasi anak pada hari raya dan tag pasangan untuk giliran

9. Berbincang dan bertimbang rasa antara pasangan apabila meluangkan masa dengan orang lain pada hari raya

10. Sekiranya anak anda seorang yang 'hyper' dan tidak mendengar kata, penawar baginya adalah senaman. Bawa anak keluar bersenam untuk 20-30 minit, ia akan membantu anak bertenang

Extra: jika berkemampuan, boleh memilih untuk 'check in hotel/homestay' dan kongsikan sebab dengan ahli keluarga

Semua persediaan ini digalakkan untuk bermula 2 minggu sebelum raya.

https://www.youtube.com/watch?v=2UJQGV-tOOA

#atfaljannah #autisme #autism #autismawareness #autismacceptance #autismawarenessmonth #ramadan2023 #raya2023


About Us