• Main
  • News

Terapi Untuk Kanak Kanak Dengan Autisme Saya Mempunyai

Terapi Untuk Kanak Kanak Dengan Autisme Saya Mempunyai

TERAPI UNTUK KANAK-KANAK DENGAN AUTISME

Saya mempunyai anak dengan autisme, apa yang boleh saya lakukan untuk memastikan anak saya boleh berfungsi dalam masyarakat pada masa hadapan?

Autism Spectrum Disorder (ASD) kebiasaannya dapat dikenalpasti semasa kanak-kanak lagi. Ia merupakan satu ketidakupayaan perkembangan dan gangguan neurologi yang boleh menjejaskan individu sepanjang hayat mereka.

Namun, kanak-kanak autisme mempunyai peluang lebih besar untuk hidup berdikari sekiranya diberikan rawatan terapi seawal mungkin.

Antara terapi yang dapat membantu individu dengan autisme adalah:

TERAPI PERTUTURAN BAHASA

Terapi pertuturan adalah cara terbaik untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan. Ia melibatkan pengembangan kosa kata atau mengajar sisterm komunikasi tanpa lisan sebagai alternatif.

Terapi pertuturan akan membantu individu dengan autisme untuk:

1. Bercakap dengan baik

2. Berkomunikasi secara lisan (verbally) dan bukan lisan (non-verbally)

3. Memahami komunikasi lisan (verbal communication) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal communication), dan memahami niat orang lain dalam pelbagai keadaan

4. Memulakan komunikasi tanpa bantuan atau dorongan dari orang lain

5. Mengetahui masa dan tempat yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu; contohnya, bila untuk mengatakan "selamat pagi"

6. Membina kemahiran perbualan

7. Bertukar idea dan pendapat

8. Berkomunikasi dengan cara untuk menjalinkan hubungan

9. Seronok untuk berkomunikasi, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya

10. Belajar untuk mengawal diri/ emosi

TERAPI CARAKERJA

Terapi carakerja membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah fizikal, deria atau kognitif. Ia membantu memperkenalkan, mengekalkan dan meningkatkan kemahiran bagi kanak-kanak austisme untuk mendorong mereka berdikari dalam semua aspek kehidupan.

Berikut antara kemahiran yang ditekankan semasa terapi carakerja:

1. Kemahiran visual untuk membaca dan menulis

2. Kemahiran hidup harian, seperti latihan tandas (toilet training), berpakaian (dressing), memberus gigi, dan kemahiran dandanan yang lain

3. Kemahiran motor kasar digunakan untuk berjalan, mendaki, atau menunggang basikal

4. Kemahiran motor yang diperlukan untuk memegang objek semasa menulis atau memotong dengan gunting

5. Kemahiran duduk, postur, atau persepsi, seperti mengetahui perbezaan antara warna, bentuk, dan saiz

6. Kemahiran bermain, tingkah laku daya tindak (coping), membantu diri, menyelesaikan masalah, komunikasi, dan kemahiran sosial

7. Kesedaran berkaitan tubuh badan dan kaitannya dengan orang lain

Atfal Jannah menawarkan pelbagai jenis terapi yang dapat membantu individu dengan autisme untuk mempunyai kualiti hidup yang lebih baik.

Hubungi kami di 019-335 4977 untuk maklumat lanjut.

#atfaljannah #autisme #terapipertuturan #terapibahasa #terapicarakerja


About Us