Puan Rosmini yang berusia 41 tahun merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 5 orang anak. Beliau juga merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang juga telah kehilangan suaminya pada 22 Julai 2021 disebabkan oleh radang paru-paru akibat dari jangkitan COVID-19. Kini, beliau menetap di salah sebuah perumahan di Bandar Seri Putra, Kajang.
Tambahan pula, 3 daripada 5 orang anak beliau mempunyai Autism Spectrum Disorder dan kini menjalani terapi di Pusat Psikologi dan Rehabilitasi Atfal Jannah Bukit Mahkota Kajang. Mereka bernama Afia, Elia dan Areeb. Afia berumur 14 tahun yang juga merupakan anak ke-2, Elia berumur 12 tahun dan anak yang ke-3, manakala Areeb berumur 10 tahun dan anak yang ke-4 dari 5 orang adik-beradik. Afia menjalani terapi dalam program Vokasional, manakala Areeb dan Elia di dalam program Pendidikan Khas. Alhamdulillah, setelah hampir setahun anak-anak beliau menjalani terapi di sini, mereka telah menunjukkan peningkatan dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.
Memandangkan Puan Rosmini seorang suri rumah, beliau tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung dengan PERKESO arwah suaminya sahaja. Yuran bulanan bersekolah di Atfal Jannah pada tahun 2022 adalah Rm1,650/bulan. Jadi anak-anak beliau bersekolah di Atfal Jannah di bawah tajaan Yayasan Atfal Jannah, disamping Lembaga Zakat Selangor memberikan Rm500/bulan untuk seorang. Yayasan Atfal Jannah telah menanggung RM1,150/sebulan untuk seorang. Jika 3 orang bermakna RM3,450 yang ditanggung untuk sebulan. Anak-anak beliau telah bersekolah di Atfal Jannah selama lebih kurang 9 bulan dan Yayasan Atfal Jannah memerlukan dana untuk menanggung mereka sebanyak RM31,050 sehingga Disember.
Pada tahun 2023, yuran Atfal Jannah terpaksa dinaikkan menjadi Rm1,800/bulan disebabkan oleh faktor kenaikan kos pengurusan, barangan dan sewaan. Pada tahun depan, hanya Areeb dan Elia sahaja yang bersekolah di Atfal Jannah. Setelah ditolak dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor RM500/bulan untuk seorang, Yayasan Atfal Jannah memerlukan dana sebanyak RM2,600/bulan (RM1,300 x 2 orang) dan RM31,200 untuk setahun. Maka, Yayasan Atfal Jannah amat memerlukan sumbangan dari orang ramai bagi membantu anak-anak Puan Rosmini mendapat terapi yang berterusan. Sila salurkan sumbangan anda ke:
Bank Rakyat
Yayasan Atfal Jannah
No Akaun: 1101493594
Rujukan: Anak Yatim AJ