Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”
HR Ahmad (85)
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Baginda menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.
Aisyah r.a meriwayatkan perlakuan Nabi s.a.w ketika tiba 10 malam terakhir. Beliau berkata:
Nabi s.a.w apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam)
HR al-Bukhari (2024)
Dalam riwayat lain menyebut:
Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.
HR Muslim (2845)
Dari Aisyah r.a, beliau bertanya kepada Nabi s.a.w,
Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?
Baginda menjawab,
Ucapkanlah: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعفو عنى
(Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii)
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”
(HR Ahmad 25384, At-Tirmizi 3513, Ibn Majah 3850, An-Nasai dalam Amal Al-yaum wa lailah, dan Al-Baihaqi dalam Syua’bul Iman 3426).