• Main
  • News

Kebanyakan Individu Respon Kepada Visual Dengan Baik.

Kebanyakan Individu Respon Kepada Visual Dengan Baik.

Kebanyakan individu respon kepada visual dengan baik.

Individu dengan autisme terutamanya, respon dengan baik kepada visual lebih-lebih lagi apabila mereka tidak berkomunikasi secara verbal dan tidak dapat membaca.

Dalam keadaan tidak mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya, kita akan menjadi kebingungan dan berada dalam mode tertekan. Jadual visual membantu kita untuk menjangka apa yang akan berlaku seterusnya.

Sebagai orang dewasa, kita menggunakan kalendar, diari, media dan sebagainya untuk menyusun jadual kita.

Ada 3 cara utama jadual visual boleh ditunjukkan kepada kanak-kanak yang juga berguna untuk individu dengan autisme:

1. Gambar
3. Bertulis
3. Kalendar (hari/minggu/bulan)

Apa yang harus saya isikan dalam jadual visual untuk anak saya?

Fikirkan rutin yang anda ingin anak anda lakukan. Biasanya jadual visual adalah berdasarkan rutin yang lengkap sejak hari anak anda bermula sehingga hari berakhir. Jadual visual ini boleh jadi dalam bentuk hari, minggu juga bulan.

Jika anak anda tidak dapat fokus dengan lama, kurangkan tulisan, cukup dengan mengisi jadual visual anak anda dengan imej sahaja.

Pro tip: Ingatkan anak anda rutin seterusnya sebelum ia bermula.

#atfaljannah #autisme #autism #autismawareness #autismacceptance #autismawarenessmonth