APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MEMBINA RAWATAN AUTISME TERSENDIRI DI RUMAH
Untuk mendidik anak dengan spektrum autisme dan bantu perkembangan anak, anda harus menyedari bahawa setiap daripada mereka mempunyai spektrum autisme unik dan tersendiri.
Rawatan terapi untuk anak perlulah disesuaikan mengikut keperluan individu. Pastinya anda lebih memahami keadaan anak anda, seperti:
- Memahami kekuatan dan kelemahan mereka
- Mengenal pasti tingkah laku yang kerap mewujudkan masalah dan isu
- Mengetahui kekurangan kemahiran pada anak
- Mengetahui cara pembelajaran terbaik untuk anak – mendengar, melihat atau mempraktikkannya
- Mengetahui perkara yang digemari anak
Setelah mengenal pasti kesemua yang di atas, berpandukan pelbagai maklumat yang boleh didapati di internet dan support group, anda boleh membina rawatan dan terapi yang bersesuaian dengan anak anda di rumah.
Harus diingati, walau apa pun rawatan pilihan anda, penglibatan anda secara langsung adalah penting untuk memastikan kejayaan. Kehadiran anda dapat membantu anak untuk mendapatkan hasil rawatan maksimum.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
#atfaljannah #autisme #autism #autismeducation #autismeacceptation #autismeawarenessmonth