• Main
  • News

3 Tahap Spektrum Autisme

3 Tahap Spektrum Autisme

3 TAHAP SPEKTRUM AUTISME

Gangguan Spektrum Autisme (ASD) merupakan kelainan perkembangan neuro yang boleh terlihat dalam pelbagai rupa.

DSM-5-TR (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 5th edition, text revision) menggariskan kriteria diagnostik berdasarkan fungsi dalam 2 aspek:

1. komunikasi sosial
2. kelakuan berulang/minat yang terhad

Kriteria-kriteria ini menyatakan bahawa individu dengan spektrum autisme boleh mendapat manfaat dari sokongan yang pelbagai.

Sesetengah individu dengan spektrum autisme boleh bertutur dan berbual dengan fasih dan hanya memerlukan bantuan dari segi menafsir "social cues".

Sementara ada yang mungkin "stuck" dan kecewa dari halangan-halangan sosial dan fungsi sekiranya mereka tidak mempunyai bimbingan yang berkala.

Semasa diagnosis, para doktor dan pakar akan merumuskan tahap spektrum autisme seseorang individu untuk membantunya mendapatkan tahap sokongan yang diperlukan.

#atfaljannah #autism #autisme #autismacceptance


About Us