• Main
  • News

Autism Spectrum Screening Questionnaire (assq)

Autism Spectrum Screening Questionnaire (assq)

AUTISM SPECTRUM SCREENING QUESTIONNAIRE (ASSQ)

Autism Spectrum Screening Questionnaire (ASSQ) merupakan sebuah soal selidik saringan untuk spektrum autisme yang dimulakan oleh Ehlers dan Gillberg dan kemudian dibangunkan bersama Lorna Wing dalam mengkaji kelaziman sindrom Asperger's.

Soal selidik ASSQ mengandungi 27 item/kenyataan yang boleh diisi oleh ibubapa/guru/anak/belia berumur 6 hingga 17 tahun.

Ia direka sebagai saringan awal untuk autisme terutamanya bagi individu yang mempunyai tahap IQ yang normal atau tinggi. Ia juga telah lama digunakan secara meluas sebagai alat saringan di seluruh dunia.

Setakat ini, soal selidik ASSQ masih belum boleh diakses dalam Bahasa Melayu.

Sebagai peringatan, soal selidik ini hanyalah untuk kegunaan saringan dan bukan sebagai diagnosis. Untuk diagnosis rasmi, dapatkan khidmat nasihat dari hospital ataupun pusat-pusat psikologi berdaftar.

Untuk pembacaan lanjut dan percubaan soal selidik ini, anda boleh ke pautan berikut: https://novopsych.com.au/assessments/diagnosis/autism-spectrum-screening-questionnaire-assq/#:~:text=The%20ASSQ%20is%20a%2027,with%20only%20mild%20intellectual%20disability.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance


About Us