TERAPI PERTUTURAN BAHASA
Terapi pertuturan adalah cara terbaik untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
Ia melibatkan pengembangan kosa kata atau mengajar sistem komunikasi tanpa lisan sebagai alternatif.
Terapi pertuturan akan membantu individu dengan autisme untuk:
1. Bercakap dengan baik
2. Berkomunikasi secara lisan (verbally) dan bukan lisan (non-verbally)
3. Memahami komunikasi lisan (verbal communication) dan komunikasi bukan lisan (non-verbal communication), dan memahami niat orang lain dalam pelbagai keadaan
4. Memulakan komunikasi tanpa bantuan atau dorongan dari orang lain
5. Mengetahui masa dan tempat yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu; contohnya, bila untuk mengatakan "selamat pagi"
6. Membina kemahiran perbualan
7. Bertukar idea dan pendapat
8. Berkomunikasi dengan cara untuk menjalinkan hubungan
9. Seronok untuk berkomunikasi, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya
10. Belajar untuk mengawal diri/ emosi
Atfal Jannah menawarkan servis terapi pertuturan di CAWANGAN KEMAMAN & KUANTAN SAHAJA, hubungi kami untuk maklumat lanjut.
#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance