AUTISTIC BURNOUT (KELESUAN AUTISTIK)
"Autistic Burnout" merupakan sindrom yang disebabkan oleh stress kehidupan yang kronik dan ketidaksepadanan kemampuan diri dengan jangkaan (expectations) tanpa sokongan yang mencukupi.
Dalam kajian yang melibatkan individu dengan spektrum autisme, didapati ciri-ciri "autistic burnout" ialah;
1. mempengaruhi kehidupan dari pelbagai aspek (pervasive)
2. kepenatan jangka masa panjang (3 bulan ++)
3. kehilangan fungsi, penurunan toleransi kepada ransangan deria
Ramai individu dengan spektrum autisme pertama kali melalui "autistic burnout" semasa melalui akil baligh, menamatkan pengajian dia peringkat menengah, atau semasa melalui transisi atau perubahan dalam jangkaan tumbesaran (developmental expectations)
"Autistic burnout" memberi kesan negatif kepada pelbagai aspek kehidupan seperti;
1. menghadapi kesukaran dari aspek kesihatan, terutamanya kesihatan mental
2. menghadapi kesukaran untuk menjalani kehidupan secara berdikari
3. hilang kepercayaan diri
4. khuatir kehilangan kemahiran secara kekal
Kajian juga mendapati, individu dengan autisme bercakap mengenai kurangnya empati dari individu neurotipikal yang sukar memahami cabaran yang dihadapi oleh individu dengan autisme. Malahan, "autistic burnout" juga dilaporkan meningkatkan pemikiran perbuatan yang menjurus kepada membunuh diri.
Bagaimana mengurangkan atau mencegah "autistic burnout"?
1. Penerimaan & sokongan dari orang lain - penerimaa dari individu lain yang dapat menerima keadaan mereka membuatkan mereka boleh berkomunikasi tanpa perlu berpura-pura
2. Menjadi individu dengan autisme - memenuhi keperluan individu dengan autisme seperti "stimming" dan mengisi masa dengan minat yang mendalam, "comfort items", tidak berpura-pura (masking), menggunakan kekuatan autisme atau melakukan perkara dengan cara autistik
3. Sokongan formal - mendapat pelarasan di sekolah atau tempat kerja, mendapat sokongan untuk aktiviti harian dan kesihatan mental
4. Mengurangkan beban - mengambil cuti dan berehat, mengurangkan aktiviti sosial dan aktiviti yang menyebabkan stress
5. Menambah pengetahuan diri - belajar mengenal pasti dan mengambil tindakan ketika mengesan simptom awal "autistic burnout"
#atfaljannah #autisme #autism #autismeacceptance