• Main
  • News

Manfaat Berkebun Untuk Individu Dengan Spektrum Autisme

Manfaat Berkebun Untuk Individu Dengan Spektrum Autisme

MANFAAT BERKEBUN UNTUK INDIVIDU DENGAN SPEKTRUM AUTISME

Ruangan berkebun menawarkan suasana yang unik dan dapat membantu individu membina kemahiran yang mereka perlukan untuk mempelajari perkara baru.

Antara perkara yang menarik dengan berkebun ialah ia menawarkan peluang-peluang untuk mempraktikkan pilihan dan kekuatan individu sementara berkongsi kegembiraannya bersama orang lain.

Individu dengan spektrum autisme boleh memilih pendekatan untuk berkebun mengikut keselesaan sendiri. Ini membolehkan mereka mencuba perkara baru dan keluar dari rutin harian tanpa merasa tertekan.

Satu kajian pada tahun 2020 dengan peserta kajian berumur antara 15 - 23 tahun (7 peserta "low-functioning autism" dan seorang peserta "high-functioning autism"), meneroka manfaat terapeutik berkebun kepada individu dengan autisme.

Program yang dijalankan mempunyai tiga objektif utama:

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi verbal/perbuatan dan interaksi interpersonal
2. Menawarkan inisiatif dalam mengekspresikan keinginan dan menyelesaikan tugasan secara berdikari
3. Meningkatkan perlakuan adaptif

Aktiviti dalam program ini termasuk menyemai dan mengumpul benih, penjagaan tanaman dan usaha pemuliharaan. Terdapat juga aktiviti bersama komuniti setempat dalam usaha meningkatkan interaksi sosial.

Kajian ini mendapati, individu dengan spektrum autisme menunjukkan peningkatan kemahiran yang ketara dari aspek kemahiran interaksi, ketidakbergantungan dan perlakuan adaptif.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance


About Us