• Main
  • News

Autisme Merupakan “gangguan Dengan Spektrum”. Ini Bermakna, Diagnosis

Autisme Merupakan “gangguan Dengan Spektrum”. Ini Bermakna, Diagnosis

Autisme merupakan “gangguan dengan spektrum”. Ini bermakna, diagnosis autisme merangkumi lingkungan tingkatan dan simptom yang meluas.

Walaupun terdapat pelbagai perbezaan, individu yang mempunyai simptom-simptom yang termasuk dalam spektrum ini akan mendapat diagnosis yang sama iaitu gangguan spektrum autisme atau “autism spectrum disorder” (ASD). Diagnosis ini telah mula digunakan sejak Manual Diagnostik & Statistik Gangguan Mental (DSM-5) edisi ke-5 diterbitkan.

Sebelum DSM-5 diterbitkan, diagnosis spektrum autisme termasuk sindrom Asperger, sindrom Rett, kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental disorder – PDD), dan ganguan disintegratif kanak-kanak (childhood disintegrative disorder – CDD).

SINDROM ASPERGER
Sindrom Asperger merupakan diagnosis yang diberikan kepada individu "high-functioning" dalam spektrum autisme. Kebanyakan individu dengan sindrom Asperger akan didiagnos pada spektrum autisme Tahap 1.

Kanak-kanak dengan sindrom Asperger mempunyai perkembangan kemahiran bahasa yang sama dengan kanak-kanak tipikal tetapi mempunyai kesukaran berkomunikasi secara sosial dan kebiasaanya akan menjadi lebih ketara seiring umur dan peningkataan kehendak sosial. Kanak-kanak dengan spektrum autisme juga kebiasaannya mempunyai isu sensori.

Ramai yang masih menggunakan pengenalan sindrom Asperger memandangkan ia dapat mencirikan sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang khusus.

SINDROM RETT

Ia merupakan gangguan genetik yang selalunya berlaku dalam kalangan kanak-kanak perempuan. Oleh kerana sindromnya yang hampir sama dengan autisme, dalam DSM-5 sindrom Rett tidak lagi digunakan dan simptomnya termasuk ke dalam sindrom autisme.

Kanak-kanak dengan sindrom Rett mempunyai pelbagai sindrom fizikal seperti sawan dan kemampuan menggunakan tangan yang sangat lemah.

PERVASIVE DEVELOPMENT DISORDER (PDD)

PDD merupakan terma umum yang menerangkan kumpulan gangguan perkembangan dari segi komunikasi dan sosial. Ia mempunyai sindrom yang hampir sama seperti ASD tetapi kini digantikan dengan ASD.

PDD merangkumi perbezaan dari segi bahasa, sosial, perlakuan dari julat ringan kepada serius.

CHILDHOOD DISINTEGRATIVE DISORDER – CDD

Diagnosis ini diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom autisme yang serius dan jarang ditemui. Jika merujuk kepada DSM-5, ia dapat dikategorikan sebagai autisme dengan daya fungsi yang rendah atau ASD Tahap 3.

Namun, sementara ASD Tahap 3 diaplikasikan kepada kanak-kanak dengan kemahiran bahasa, fungsi sosial dan kemahiran motor yang lemah, CDD digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tumbesaran yang baik sehingga umur sekitar 3 tahun dan tiba-tiba kehilangan sesetengah atau semua fungsi dan kemahiran tersebut.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance


About Us