Ramai yang menganggap Gangguan Spektrum Autisme a.k.a Autism Spectrum Disorder (ASD) hanyalah satu fasa yang dilalui semasa kanak-kanak dan berfikir bahawa keadaan kanak-kanak itu akan semakin baik seiring meningkatnya umur sama ada melalui intervensi, terapi atau "hilang sendiri".
Secara nyata, seseorang yang mempunyai spektrum autisme akan terus hidup dengan kondisi tersebut seumur hidup.
Individu dengan spektrum autisme dapat memanfaatkan terapi untuk menjalani kehidupan yang lebih berdikari contohnya mendapatkan terapi untuk meningkatkan kemahiran hidup seharian, sosial dan komunikasi.
Namun, setakat ini masih belum ada rawatan yang dapat menyembuhkan autisme sama ada dari segi terapi mahupun perubatan.
Walaupun ia merupakan kondisi sepanjang hayat, ini tidak bermaksud individu dengan spektrum autisme tidak boleh menjalani kehidupan yang bahagia dan bermakna.
#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance