Kenapa individu dengan spektrum autisme selalu membuat perbuatan seperti berjalan mundar-mandir, mengepak dan mengibaskan tangan, dan ada yang menghantukkan kepala di dinding berulang kali?
Perbuatan ini dipanggil “STIMMING”. “STIMMING” adalah singkatan bagi perkataan Bahasa Inggeris iaitu self-stimulatory behaviour.
Berdasarkan kajian, punca perbuatan ini masih belum diketahui. Pakar berpendapatan, ia merupakan cara individu dengan spektrum autisme mengawal dan meregulasi emosi.
Ada pendapat lain juga mengatakan ia mungkin menyeronokkan atau memberi rasa selesa kepada individu dengan spektrum autisme.
Terdapat beberapa jenis “stimming”, antaranya:
1. Lisan & pendengaran (verbal & auditory stimming)
Pertuturan yang berulang, menutup atau menepuk-nepuk telinga, membuat nada suara yang kuat
2. Penglihatan (visual stimming)
Termenung, mengerdip mata berulang kali, membuka dan menutup lampu
3. Sentuhan (tactile stimming)
Menggosok atau menggaru tangan atau objek, membuka dan menutup genggaman berulang kali, mengetuk jari berulang kali
4. Hidu/Rasa (olfactory/taste stimming)
Menghidup objek, merasa objek yang tidak biasa dirasai, menjilat tangan atau objek
5. Vestibular
Bergerak ke depan dan belakang, sisi ke sisi berulang kali, berpusing, atau melompat setempat
#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance