• Main
  • News

Selamat Berpuasa Kepada Semua Sedang Berpuasa Hari Ini

Selamat Berpuasa Kepada Semua Sedang Berpuasa Hari Ini

Selamat berpuasa kepada semua sedang berpuasa hari ini bersempena hari Asyura.

Dalam sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas r.a, katanya:

قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المَدِينَةَ، فَرَأَى اليَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ: «مَا هَذَا؟»، قَالُوا: هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى. قَالَ: «فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ». فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Maksudnya: “Nabi SAW datang ke Madinah lalu melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, maka Baginda bertanya, “Hari apakah ini?” Mereka menjawab, “Ini ialah hari yang baik. Pada hari ini, Allah menyelamatkan Bani Isra’il daripada musuh-musuh mereka. Musa berpuasa pada hari ini.” Baginda bersabda, “Aku lebih berhak ke atas Musa daripada kamu.” Maka Baginda berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa pada hari Asyura.”

Riwayat Bukhari (2004)

Walaupun para ulama berbeza pendapat dalam menentukan jangkamasa hari Asyura, kebanyakannya berpendapat bahawa Hari Asyura adalah hari ke-10 (bulan Muharram).

Kita juga sangat dianjurkan untuk mengiringi dengan berpuasa pada hari sebelum atau selepas untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud “Berpuasalah kalian pada hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya”

Riwayat Ahmad (2154)

Daripada Abu Qatadah al-Ansari, katanya:

وَسُئِلَ عن صَوْمِ يَومِ عاشُوراءَ، فَقالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الماضِيَةَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari Asyura. Maka, Baginda menjawab: ‘Puasa itu menghapuskan dosa setahun yang lalu.’”

Riwayat Muslim (1162)

Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan yang mendapat kelebihan ini.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance


About Us