SOALAN: ANAK SAYA DISAHKAN MEMPUNYAI SINDROM DOWN, APA YANG BOLEH SAYA LAKUKAN?
JAWAPAN:
Saringan dan pengesahan penyakit ini boleh dilakukan melalui ujian darah pada awal usia bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan pada kromosom nombor 21.
Saringan juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair ketuban (amniotic fluid).
Sekiranya anak anda disahkan mempunyai Sindrom Down, intervensi awal dengan program-program pemulihan dapat membantunya mencapai keupayaan dan perkembangan terbaik serta mampu berdikari. Antaranya;
• Program intervensi awal
• Terapi carakerja
• Terapi pertuturan
• Pendidikan khas
• Latihan kemahiran khas
Program pemulihan boleh didapati di:
• Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
• Pusat-pusat anjuran pertubuhan sukarela bukan kerajaan
Selain itu, maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber tempatan seperti hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).
Pendaftaran seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan dapat memudahkan kanak-kanak dengan Sindrom Down mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna selain berpeluang mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.
Atfal Jannah turut menawarkan program khas untuk individu dengan Sindrom Down. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
#atfaljannah #sindromdown #downsyndrome