LUASNYA KEAMPUNAN ALLAH
Jika kita melakukan kesalahan dengan manusia, kebiasaannya manusia akan marah atau benci dengan kita, kadangkala tidak mahu melihat walaupun muka kita.
Sebaliknya, Allah memberikan pengharapan kepada manusia menjelaskan luasnya keampunan Allah SWT agar para hambaNya tidak berputus asa walaupun setelah melakukan dosa.
Tiada istilah,
"Aku banyak dosa, Allah takkan pandang aku"
"Allah pasti benci pada aku"
Sebaliknya Allah SWT memberi khabar gembira, belas kasihan dan memberitahu tentang sifat pemurah dan pengampunNya yang amat besar.
Lalu bagaimana untuk mendapatkan keampunan dari dosa yang telah dilakukan?
1. Berdoalah dengan harapan akan dimakbulkan
2. Fokus dan tidak lalai ketika berdoa
3. Yakin dan tidak ragu-ragu dengan keampunan Allah SWT
4. Taat dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT
5. Yakin dan tidak ragu-ragu dengan keampunan Allah SWT
6. Mencari rezeki yang halal
Jangan berputus asa, mintalah ampunan Allah walau sebesar mana dosa yang telah dilakukan. Sebaik-baik insan yang berdosa adalah mereka yang bertaubat kepada Allah.
#atfaljannah #salamjumaat