MOTIVASI TAUBAT UNTUK PENDOSA
Acap kali apabila kita berbuat kesalahan kepada manusia, kita akan mengelak bertemu mata dengan orang itu kerana pada matanya mungkin tersirat kemarahan dan kebencian kepada kita atas kesalahan yang kita lakukan. Kadangkala kita dipulaukan dan tidak lagi diterima kerana kesalahan itu.
Berbeza apabila kita berbuat dosa kepada Allah. Sejurus berbuat dosa, beristighfar dan segeralah bertaubat kepada Allah. Jika seluruh manusia membenci kita tetapi Allah mengampunkan dan menyayangi kita, maka itu cukup bagi seorang hamba.
Untuk kita pendosa, harapan masih ada.
#salamjumaat #atfaljannah #motivasi #pengajarandariQuran