• Main
  • News

Saya Mempunyai Anak Dengan Spektrum Autisme. Saya Risau

Saya Mempunyai Anak Dengan Spektrum Autisme. Saya Risau

"Saya mempunyai anak dengan spektrum autisme. Saya risau esok-esok bila saya tiada, siapa yang akan menjaga dia.."

Antara kerisauan ibubapa yang mempunyai anak dengan spektrum autisme adalah kemampuan untuk anak mereka hidup secara berdikari pada masa akan datang.

Terapi carakerja merupakan salah satu cabang penjagaan kesihatan yang membantu individu dari pelbagai lingkungan umur yang mempunyai isu fizikal, sensori dan kognitif.

Dengan menjalani terapi carakerja, seseorang individu akan mampu membaiki kemahiran motor, keseimbangan dan koordinasi. Ia juga membantu kanak-kanak juga orang dewasa dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti harian seperti menulis dan mempersiapkan diri setiap hari.

Individu-individu ini akan menjadi lebih berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan dalam mengatasi cabaran yang memberi kesan kepada keperluan emosi, sosial dan fizikal seseorang.

Autisme merupakan kondisi sepanjang hayat dan tidak boleh diubati, namun dengan mendapatkan terapi dan khidmat nasihat yang betul, individu dengan spektrum autisme akan dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan berdikari.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai servis terapi carakerja yang ditawarkan di Atfal Jannah.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance #mentaldisability #terapicarakerja #occupationaltherapy #occupationaltherapyMalaysia


About Us