MELTDOWN BUKAN TANTRUM
Kelihatan seorang kanak-kanak menepuk-nepuk meja dengan kuat dan menjerit-jerit di sebuah kedai makan. Beberapa pasang mata melirik dengan marah.
"Mak bapak ni tak reti ajar anak ke? Buat bising kat tempat makan, orang nak makan dengan aman pun susah."
Seorang bapa bersungguh-sungguh meminta maaf kepada meja-meja berdekatan.
"Maaf ya encik, anak saya ada autisme. Mungkin dia 'overwhelmed' sebab ramai orang. Maaf ya encik." Air mukanya serba salah.
Situasi ini menunjukkan kejadian seorang kanak-kanak yang melalui 'meltdown'.
"Alah budak-budak biasalah tantrum!" lantang seorang Jemah.
TANTRUM biasanya berlaku apabila seorang kanak-kanak MENGINGINKAN SESUATU! Tantrum dijadikan cara untuk mengawal keadaan dan mendapatkan apa yang dia mahu.
MELTDOWN bukan disebabkan dia meinginkan sesuatu sebaliknya ia merupakan konflik emosi yang datang dalam diri kanak-kanak yang tidak dapat dikawal. Boleh jadi disebabkan kepenatan, masalah sensori atau perkara lain.
Sebagai masyarakat, cakna minda maklumat dan ilmu mengenai kepelbagaian dalam individu agar kita dapat menyokong satu sama lain.
Merdekakan diri kita dari sifat jahil dan meletakkan 'stereotype' kepada orang lain.
#atfaljannah #meltdown #autisme #autism #autismacceptance