JADUAL VISUAL MEMUDAHKAN RUTIN HARIAN
Secara umum, individu dengan autisme menunjukkan respon dengan baik kepada visual. Ini sangat membantu lebih-lebih lagi apabila mereka tidak berkomunikasi secara verbal (non-verbal) dan tidak dapat membaca.
Jadual visual dapat membantu individu dengan spektrum autisme dalam menjalani kehidupan harian dengan menyusun aktiviti harian yang biasanya dilakukan.
Ia berdasarkan rutin yang lengkap sejak hari bermula sehingga hari berakhir. Jadual visual ini boleh jadi dalam bentuk hari, minggu juga bulan.
Digalakkan untuk mengurangkan tulisan, cukup dengan mengisi jadual visual anak anda dengan imej sahaja.
Pro tip: Ingatkan anak anda rutin seterusnya sebelum ia bermula.
#atfaljannah #autisme #autism #autismawareness #autismacceptance