3 AKTIVITI TERAPEUTIK UNTUK KANAK-KANAK DENGAN AUTISME
Kanak-kanak sangat sukakan pengalaman bermain secara fizikal. Menyelesaikan binaan blok mainan, puzzle dan melukis.
Selain bermain dan memberikan perasaan gembira, terdapat aktiviti yang turut memberikan kesan positif untuk perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak dengan spektrum autisme.
1. BERENANG
Berada di dalam air memberikan perasaan tenang. Tekanan dan apungannya membantu meningkatkan kemahiran memproses sensori dari deria sejurusnya membawa kanak-kanak tersebut kepada satu milestone yang lebih tinggi di samping menguatkan kemahiran sosial dan kemampuan pengurusan regulasi diri.
2. BERKEBUN
Berkebun menawarkan terapi untuk pelbagai keadaan. Ia menyokong kesihatan mental dan fizikal secara optimal. Pelbagai integrasi sensori yang dapat dimuatkan dalam aktiviti berkebun dan ia akan membantu isu hipersensitif dalam kalangan kanak-kanak dengan autisme.
3. BERKUDA
Aktiviti berkuda amat menyeronokkan. Seseorang yang mempunyai spektrum autisme yang serius juga boleh menunggang kuda dengan baik. Kuda dapat menenangkan penunggang dengan autisme, membolehkan mereka untuk fokus, berfikir dan menerima latihan. Keinginan untuk berkuda juga membolehkan kita menggalakkan perbuatan positif dan menolak perbuatan negatif secara halus.
Yang mana pilihan anda untuk musim cuti sekolah kali ini? :D
#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance