• Main
  • News

4 Tips Susun Atur Rumah Dengan Spektrum Autisme

4 Tips Susun Atur Rumah Dengan Spektrum Autisme

4 TIPS SUSUN ATUR RUMAH DENGAN SPEKTRUM AUTISME

Tiada satu cara yang pasti dalam susun atur rumah untuk keluarga dengan ahli yang mempunyai anak dengan spektrum autisme. Berikut antara tips praktikal yang boleh anda ikuti:

1. SEDIAKAN PERABOT YANG "STIMULATING"

Perabot yang simple tetapi menyeronokkan seperti buaian dapat bantu menenangkan anak-anak yang "overstimulated".

Menggunakan langsir yang panjang dan menutupi keseluruhan tingkap dapat bantu mengurangkan gangguan dari luar dan menggalakkan aktiviti bermula dari dalam rumah.

Penggunaan warna-warna yang betul dapat menaikkan mood atau memberi ketenangan mengikut aktiviti yang akan dilakukan di dalam ruang tersebut.

Penambahan kerusi "bean bag" atau trampolin dapat membantu keperluan integrasi deria untuk kanak-kanak dengan spektrum autisme.

2. HALANG STIMULASI LUAR DI RUANG MAKAN

Sesetengah kanak-kanak dengan autisme menghadapi kesukaran untuk makan "solid food". Ia boleh disebabkan oleh penyakit fizikal atau reaksi deria kepada makanan yang perlu diamati dahulu sebelum melihat kepada faktor persekitaran.

Dengan mengelakkan gangguan di ruang makan, kanak-kanak dengan spektrum autisme akan mempunyai lebih banyak ruang untuk fokus kepada mengunyah dan menelan makanan mereka.

Amat digalakkan agar ruang makan digunakan secara eksklusif untuk makan dan tidak digunakan sebagai ruang aktiviti lain.

3. MENYEDIAKAN RUANG TIDUR YANG SESUAI UNTUK KUALITI TIDUR YANG BAIK

Salah satu isu yang selalu dibincangkan dalam komuniti autisme adalah insomnia dan tidur yang tidak lena.

Antara tips yang dapat membantu meningkatkan kualiti ruang tidur adalah menggunakan langsir yang tidak telus cahaya, menyimpan mainan, menggunakan warna yang menenangkan seperti warna yang cerah dan lembut, menggunakan sumber cahaya asli dan menggunakan bilik tidur khas sebagai ruang untuk tidur.

4. BINA TAMAN SENSORI

Hasil kajian menunjukkan aktiviti berkebun memberikan pelbagai kesan positif untuk individu dengan autisme. Penglibatan kanak-kanak dengan spektrum autisme dengan aktiviti berkebun dapat menghubungkan mereka dengan alam semulajadi.

Ransangan dari sentuhan dengan tanah dan tumbuhan memberikan peluang untuk mereka memahami alam sekitar dan diri sendiri.

Semoga bermanfaat! :D

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance


About Us