KELEBIHAN PENDAFTARAN OKU DENGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Bukan mudah menerima hakikat apabila menerima berita kelainan pada diri anak berbanding orang lain. Namun, kelainan bukan kekurangan malahan ia boleh menjadi suatu keistimewaan.
Ada ibubapa yang khuatir untuk mendaftarkan kelainan upaya anak kerana risau masyarakat akan memandang dan berkata-kata. Tetapi realitinya, mendaftarkan anak sebagai OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memudahkan banyak urusan dan membuka banyak peluang untuk anak mendapatkan bantuan dan pendidikan khas yang diperlukan.
Untuk senarai kelebihan yang ditawarkan untuk individu yang berdaftar dengan JKM, rujuk imej dan tekan link ini:
https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/Kemudahan%20dan%20Keistimewaan%20OKU%20di%20Malaysia.pdf?fbclid=IwAR1liESSNHI-Hed55bCMMu06Mw2TqWiyt52OdLET-XO3kgp-LjWho-NSF98
#atfaljannah #OKU #autisme #autism #autismacceptance