• Main
  • News

5 Aktiviti Terapeutik Untuk Kanak-kanak Dengan Spektrum Autisme

5 Aktiviti Terapeutik Untuk Kanak-kanak Dengan Spektrum Autisme

5 AKTIVITI TERAPEUTIK UNTUK KANAK-KANAK DENGAN SPEKTRUM AUTISME

1. AKTIVITI ALATAN SENSORI

Sediakan satu bekas simpanan dan isikan dengan barangan yang menyeronokkan seperti, straw, bulu, helaian tisu, butang dan manik, batu-batuan akuarium, pom-pom, riben dan sebagainya.

Libatkan sistem sentuhan yang akan membantu anak anda kekal tenang dan teratur sementara meningkatkan kemahiran jari dan visual-motor.

2. AKTIVITI PENSEL & KERTAS

Permainan video di tab dan telefon bimbit kebanyakannya menyebabkan ransangan sensori yang melampau. Jadikan aktiviti dengan pensel dan kertas sebagai pengganti.

Ia dapat membantu meningkatkan koordinasi tangan dan kemahiran persepsi visual. Contoh terbaik adalah buku pagar sesat (maze books), puzzle, dan aktiviti pencarian kata.

3. LALUAN BERHALANGAN

Aktiviti laluan berhalangan juga boleh diaplikasikan dengan berlakon (pretend play). Contohnya berlakon melompat seperti kuda, mengesot seperti ulat bulu, merangkak seperti bayi dan sebagainya.

Halangan boleh ditambah dengan menambah gelung, tali lompat, pita pelekat, susunan bantal atau apa jua halangan lain yang selamat untuk koordinasi dan imbangan anak anda.

4. RUANG "TIME-OUT" SENSORI

Sediakan satu ruang di rumah anda sebagai tempat untuk anak anda berehat. Gunakan bahan dan alatan yang ada di rumah yang membantu untuk anak anda berasa selamat dan tenang seperti aromaterapi dan muzik yang menenangkan.

5. JADUAL VISUAL

Menyediakan jadual visual dapat bantu meningkatkan kemahiran penjagaan diri, fungsi dan mandiri. Memandangkan kebanyakan individu dengan spektrum autisme merupakan "visual learner" (belajar melalui visual), menyediakan jadual dengan aturan aktiviti satu persatu dapat membantu anak anda belajar dan menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance


About Us