• Main
  • News

Bagaimana Individu Dengan Spektrum Autisme Menafsir Emosi?

Bagaimana Individu Dengan Spektrum Autisme Menafsir Emosi?

BAGAIMANA INDIVIDU DENGAN SPEKTRUM AUTISME MENAFSIR EMOSI?

Amir merupakan seorang individu dengan spektrum autisme. Hari ini hari konvokesyen kakak Amir.

Dari kejauhan Amir melihat kakaknya menghampiri lokasi Amir yang menunggu bersama ibu dan ayah. Kakak Amir bersalaman dan berpelukan dengan ibu dan ayah sambil menitiskan air mata.

Amir berasa pelik. Hari ini sepatutnya hari yang gembira buat kakak Amir, mengapa dia menangis?

SESETENGAH INDIVIDU DENGAN SPEKTRUM AUTISME MENGHADAPI CABARAN MENAFSIR RIAK WAJAH

Menurut seorang penyelidik, Yuta Takahashi. Manusia mengenalpasti pelbagai emosi berbeza dengan melihat riak wajah.

Banyak kajian menunjukkan bahawa individu dengan spektrum autisme menghadapi cabaran dalam menafsir riak wajah.

Tetapi maklumat mengenai mekanisme bagaimana pengenalpastian riak wajah itu berlaku masih belum menyeluruh. Dan kita juga belum mengetahui di mana cabaran individu dengan spektrum autisme dalam proses pengenalpastian riak wajah ini.

Walau bagaimanapun, penemuan-penemuan kajian terbaru menyatakan, individu dengan spektrum autisme hanya sedikit berbeza dalam pengenalpastian emosi berbanding individu neurotipikal.

Ini menyokong kenyataan bahawa mereka masih boleh mengenal pasti emosi.

Individu dengan spektrum autisme masih berkemampuan mengenalpasti emosi cuma ia mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding indvidu neurotipikal dan mungkin menghadapi lebih cabaran ketika dalam situasi tertekan.

Mengetahui perbezaan ini dapat membantu individu dengan spektrum autisme dan individu yang rapat dengannya berkomunikasi dengan lebih efektif.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance


About Us