APA ITU KURANG UPAYA INTELEKTUAL?
Kurang upaya intelektual juga disebut sebagai kecacatan mental atau kurang upaya pembelajaran.
Diagnosis ini diberikan kepada individu yang mempunyai IQ (tahap intelek/kepandaian) yang lemah, dan mempunyai kelemahan yang ketara dari segi perkembangan seperti mempunyai masalah pertuturan, pergaulan, penjagaan diri dan tidak boleh berinteraksi dalam komuniti tanpa pantauan dari penjaga.
Ia juga dikaitkan dengan jenis-jenis kekurangan upaya yang melibatkan daya pemikiran, yang mana mereka menghadapi cabaran dalam membuat keputusan oleh kerana tahap pemikiran yang tidak bersesuaian dengan tangga umur.
Orang kurang upaya intelektual mempunyai cabaran dari segi fungsi intelek dan penyesuaian kelakuan dan ia bergantung kepada tahap keseriusan pada individu.
Mereka mungkin tidak boleh melakukan aktiviti harian yang melibatkan kemahiran praktikal dan sosial. Keadaan ini kebiasaannya dikesan sebelum berumur 18 tahun.
#atfaljannah #kurangupayaintellectual #intellectualdisability