Adam suka sangat kacau kawan-kawan dalam kelas. Masa tengah beratur pun dia asyik menganggu rakan-rakannya. Guru kelas Adam kerap menghubungi ibunya untuk memberitahu hal ini.
Ibunya juga perasan. Ketika di rumah, Adam suka menyampuk apabila ahli keluarga lain sedang berbual dan sering bertindak melulu sehingga mencederakan diri sendiri.
Boleh jadi Adam mempunyai ADHD.
ADHD merupakan gangguan tumbesaran neuro yang dikenali sebagai Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian. Ia memberi kesan kepada perlakuan seseorang.
Ia dapat dikenalpasti seawal kanak-kanak dan kekal sehingga dewasa.
Anak anda mempunyai simptom ADHD? Dapatkan khidmat nasihat dari pakar dengan segera.
#atfaljannah #ADHD