Bukankah ADHD membuatkan seseorang menjadi lebih aktif?
Kaitan antara ADHD dan obesiti mungkin kelihatan bercanggahan. Kebiasaannya kanak-kanak dengan ADHD banyak bergerak, jadi sepatutnya mereka patut lebih kurus berbanding kanak-kanak lain tanpa ADHD.
Dan ada logiknya. Kadar kemungkinan seseorang dengan ADHD untuk mempunyai berat badan berlebihan tidak mengurangkan kemungkinan individu untuk mempunyai isu kurang berat badan yang juga dikaitkan dengan ADHD.
Kajian mendapati, masalah berat badan berlebihan dalam kalangan individu ADHD biasanya berlaku apabila memasuki peringkat remaja yang mana aktiviti fizikal akan berkurangan disebabkan persekolahan dan gaya hidup.
Menurunkan dan mengawal berat badan dengan ADHD boleh menjadi sesuatu yang sukar. Ini kerana, pemakanan, terutamanya pemakanan sihat memerlukan seseorang individu untuk menggunakan fungsi-fungsi eksekutif (executive functions) otak, dan itu bukanlah kekuatan mereka bagi individu dengan ADHD.
#atfaljannah #adhd