HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2023
Kesihatan mental ialah hak asas setiap individu. Semua orang tak kira siapa dan di mana, mempunyai hak dalam mencapai standard-standard kesihatan mental. Dan ini termasuk hak mendapat perlindungan dari risiko-risiko kesihatan mental.
Kesihatan mental memainkan peranan penting untuk kesihatan secara menyeluruh dan kesejahteraan hidup. Namun, 1 dari 8 individu di seluruh dunia hidup dengan isu-isu kesihatan mental yang memberi impak negatif kepada kesihatan fizikal, kesejahteraan, bagaimana mereka berinterasi dengan masyarakat dan kehidupan mereka secara umum.
Mempunyai isu kesihatan mental bukanlah penyebab atau alasan untuk menarik hak kemanusiaan mereka atau mengeluarkan mereka dari keputusan-keputusan berkaitan kesihatan mereka.
Namun, sehingga hari ini, individu dengan isu kesihatan mental terus menghadapi pelanggaran-pelanggaran hak kemanusiaan. Ramai yang disisihkan dan menghadapi diskriminasi dalam komuniti serta tidak mendapat akses bantuan yang mereka perlukan.
Elakkan kita terikut-ikut dengan stigma masyarakat mengenai isu kesihatan mental, "MINDA KITA, HAK KITA".
#atfaljannah #kesihatanmental #mentalhealth #WorldMentalHealthDay2023