• Main
  • News

Bagaimana Sindrom Down Memberi Kesan Dalam Alam Dewasa?

Bagaimana Sindrom Down Memberi Kesan Dalam Alam Dewasa?

BAGAIMANA SINDROM DOWN MEMBERI KESAN DALAM ALAM DEWASA?

Sebelum ini, individu dengan sindrom Down mempunyai peluang yang terhad. Pada awal 1900, kanak-kanak yang didiagnos dengan sindrom Down mempunyai jangka hayat yang kurang dari 10 tahun. Namun kini, dengan kemajuan teknologi dan bidang perubatan, kita dapat menyaksikan kenaikan jangka hayat bagi mereka yang didiagnos dengan kondisi ini sehingga 50-60 tahun.

Dahulunya individu dengan sindrom Down dikatakan tidak boleh bekerja dan menjalani hidup secara berdikari, tetapi kini tidak lagi.

1. ORANG DEWASA DENGAN SINDROM DOWN BOLEH HIDUP SECARA BERDIKARI ATAU SECARA BERKELOMPOK

Individu dengan sindrom Down mampu untuk mempelajari dan mengasah kemahiran yang pelbagai. Sesetengah individu dengan sindrom Down boleh bergerak sendiri, menaiki kenderaan awam sendiri malahan memandu kenderaan sendiri. Namun, sesetengah yang lain mungkin memerlukan bantuan.

Individu dengan sindrom Down boleh berulang alik dan bergerak secara sendiri, ini membolehkan mereka untuk hidup secara berdikari sama ada bersendirian, atau bersama keluarga dan kelompok dalam komuniti. Terdapat pelbagai pilhan yang dapat menggalakkan situasi ini, namun belum pernah diterokai.

2. INDIVIDU DENGAN SINDROM DOWN BOLEH MENDAPATKAN PENDIDIKAN PERINGKAT TINGGI DAN BEKERJA

Berbeza dengan kepercayaan ramai orang, individu dengan sindrom Down boleh mendapatkan pendidikan peringkat tinggi dengan sokongan dan bantuan.

Namun di Malaysia, perangkaan program pendidikan bagi individu dengan sindrom Down masih di peringkat permulaan. Kira-kira 40,000 kanak-kanak sindrom Down di negara ini tidak mendapat pendidikan khusus menyebabkan ramai dalam kalangan anak istimewa itu mengalami kemurungan.

Situasi ini juga turut dialami sekian lama oleh golongan ibu bapa dalam usaha mendapatkan sistem pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan golongan Sindrom Down mahupun OKU lain.

Selain program yang boleh dibangunkan seperti terapi fizikal, pertuturan dan kemahiran yang amat diperlukan oleh individu sindrom Down untuk menjalani hidup dengan lebih berdikari.

3. INDIVIDU DENGAN SINDROM DOWN MEMERLUKAN AKSES BERTERUSAN KEPADA PEMERHATIAN KESIHATAN DAN PERUBATAN

Seiring umur, individu dengan sindrom Down perlu terus mendapatkan pemerhatian dan rawatan yang diperlukan kerana mereka yang mempunyai gangguan genetik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi kesihatan termasuk isu 'gastrointestinal', gangguan tidur, obesiti, Alzheimer, leukimia dan isu-isu kesihatan lain.

Mengekalkan gaya hidup sihat dan memenuhi temujanji bersama pakar perubatan merupakan langkah-langkah pencegahan awal dan rawatan komplikasi yang terbaik.

#atfaljannah #sindromdown #downsyndrome


About Us