ANAK SAYA ADA SPEKTRUM AUTISME, ADAKAH DIA BOLEH HIDUP SECARA BERDIKARI NANTI?
Antara kerisauan ibu bapa dengan anak yang mempunyai spektrum autisme adalah kegusaran sama ada anak itu akan dapat hidup secara lebih berdikari pada masa hadapan.
Autisme merupakan kondisi sepanjang hayat dan tidak boleh diubati, namun dengan mendapatkan terapi dan khidmat nasihat yang betul, individu dengan spektrum autisme akan dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan berdikari.
Dengan menjalani terapi carakerja, seseorang individu akan mampu membaiki kemahiran motor, keseimbangan dan koordinasi. Ia juga membantu kanak-kanak juga orang dewasa dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti harian seperti menulis dan mempersiapkan diri setiap hari.
Individu-individu ini akan menjadi lebih berdikari dalam pelbagai aspek kehidupan dalam mengatasi cabaran yang memberi kesan kepada keperluan emosi, sosial dan fizikal seseorang.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai servis terapi carakerja yang ditawarkan di Atfal Jannah.
#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance #mentaldisability #terapicarakerja #occupationaltherapy #occupationaltherapyMalaysia