JADUAL VISUAL
Secara umum, kita semua memberi respon yang lebih baik terhadap ransangan visual, begitu juga untuk individu dengan autisme.
Jadual visual dapat membantu individu dengan spektrum autisme dalam menjalani kehidupan harian dengan menyusun aktiviti harian yang biasanya dilakukan. Ini sangat membantu lebih-lebih lagi apabila mereka tidak berkomunikasi secara verbal (non-verbal) dan tidak dapat membaca.
Jadual visual ini boleh diolah berdasarkan rutin yang lengkap sejak hari bermula sehingga hari berakhir. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk hari, minggu juga bulan.
Digalakkan untuk mengurangkan tulisan, cukup dengan mengisi jadual visual anak anda dengan imej sahaja.
Pro tip: Ingatkan anak anda rutin seterusnya sebelum ia bermula.
#atfaljannah #autisme #autism #autismawareness #autismacceptance