• Main
  • News

Bagaimana Terapi Carakerja Membantu Kanak-kanak/individu Dengan Spektrum Autisme?

Bagaimana Terapi Carakerja Membantu Kanak-kanak/individu Dengan Spektrum Autisme?

BAGAIMANA TERAPI CARAKERJA MEMBANTU KANAK-KANAK/INDIVIDU DENGAN SPEKTRUM AUTISME?

Kita menggabungkan deria-deria (penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan, rasa, keseimbangan dan kesedaran terhadap tubuh kita di dalam ruangan) dalam mengamati persekitaran kita.

Namun, sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa menghadapi kesukaran untuk menapis maklumat deria dan beban deria ini boleh menyebabkan rasa sesak, tidak selesa malahan mungkin menyebabkan rasa sakit.

Apabila seseorang mengalami beban deria yang berlebihan, ia mungkin disalah anggap sebagai tingkah laku yang tidak baik. Selain itu beban deria juga boleh mengakibatkan seseorang mengalami penarikan sosial (social withdrawal) atau penutupan (shut down) sepenuhnya.

Memastikan kanak-kanak/individu yang mempunyai kelainan pemprosesan deria mempunyai peluang untuk mendapat persekitaran yang bersesuaian dan mendapat peluang untuk beradaptasi dengan persekitaran dalam hari-hari mereka akan menghapuskan halangan untuk pembelajaran dan meningkatkan kesejahteraan,

Dengan terapi carakerja, ia akan dapat membantu sistem saraf kanak-kanak/individu menjadi lebih teratur dan terkawal. Ini boleh mengurangkan kebimbangan dan keletihan mereka dalam sehari-hari, dan meningkatkan perhatian dan prestasi mereka.

Di Atfal Jannah, kami ada menawarkan sesi terapi terapi carakerja. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

#atfaljannah #terapicarakerja #occupationaltherapy #terapicarakerjamalaysia #occupationaltherapymalaysia #autisme #autism #autismacceptance


About Us