TERAPI CARAKERJA (OCCUPATIONAL THERAPY)
Terapi Carakerja atau Occupational therapy (OT) dapat membantu seseorang individu meningkatkan kemahiran fizikal dan motor, sosial, dan kognitif.
Untuk individu dengan spektrum autisme, terapi carakerja selalunya akan memberi perhatian kepada kemahiran bermain, strategi pembelajaran dan penjagaan diri. Terapi carakerja juga dapat membantu dalam menguruskan isu-isu sensori (deria).
Objektif utama terapi carakerja ialah untuk memperbaiki kemahiran harian dan menjadikan seseorang individu lebih berdikari dan dapat turut serta dalam pelbagai akitiviti.
Di Atfal Jannah, kami ada menawarkan servis Terapi Carakerja yang dapat membantu mengasah kemahiran yang diperlukan. Hubungi untuk maklumat lanjut.
#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance #terapicarakerja #terapi