*PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM INKLUSITIVITI BELIA AUTISME DAN BELIA BERKEPERLUAN KHAS BAGI PENGAMBILAN SESI 1/2024*
Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia ILKBS merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menawarkan latihan kemahiran pada semua golongan belia secara inklusiviti tanpa meminggirkan golongan Orang Kurang Upaya bertepatan dengan Dasar Belia Malaysia yang telah digubal. Melalui Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), 3 program bagi Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme telah dilaksanakan bermula dari tahun 2018.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin mempelawa belia autisme dan belia berkeperluan khas untuk menyertai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia Autisme dan Berkeperluan Khas yang memenuhi syarat pengambilan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB).
IKTBN Sepang menawarkan Kursus Asas Pembuatan Roti, belia yang berminat boleh dapatkan borang permohonan dengan mengimbas kod QR atau hubungi nombor yang telah disediakan.
#autisme #belia #KBSMalaysia #atfaljannah #2024