• Main
  • News

Muka Melayu Tapi Cakap English Separuh Masak. Ish

Muka Melayu Tapi Cakap English Separuh Masak. Ish

MUKA MELAYU TAPI CAKAP ENGLISH SEPARUH MASAK. ISH .. GELILAH...

Benda ni yg jadi isu kan? Ni aku nak terus terang ... aku ni boleh dikatan bengap bahasa inggeris. Boleh kejang lidah tau. Tapi anak aku ni ... autism ... bahasa yang dia faham & mahir adalah bahasa inggeris!

Aku tak ada pilihan melainkan TERPAKSA blaja bahasa inggeris supaya KAMI BOLEH BERKOMUNIKASI. Bukan senang aku nak tunggu aku boleh bercakap dengan dia. Umur 9 tahun baru boleh berkomunikasi 2 hala. Umur 5 tahun 'No' je dia reti.

Tapi kan. Aku bersyukur. Walaupun bahasa inggeris aku ni separuh masak, kerana Khar9 ni la aku buang rasa malu aku bercakap dalam bahasa inggeris walaupun main langgar lari. Janji faham.

Kartun aku lukis bawah ni pun ntah betul ntah tidak. Aku langgar jugak????. Satu lakaran dengan beberapa isu ... Kill two birds with one stone... Cewah. Nak cakap omputeh jugak. Tapi kan ... 'bird' tu ada 's' ke tak de????? Entah sampai ke tak maksud pepatah omputeh tu...????

Sebuah kartun lama. Tapi isu masih sentiasa segar.

Nak buat macam mana lagi... english tu bahasa rasmi diorang????.

Kredit to : Tuhan Menduga Kita
#pendidikankhas #pendidikanawalkanakkanak #terapicarakerja #autismawareness #bangi #kajang #selangor #kemaman #terangganu #klang #malaysia #orangkelainanupaya #atfaljannah


About Us