• Main
  • News

Sensory Play

https://www.facebook.com/753709546071884/posts/1188479429261558" data-width="900" data-allowfullscreen="true">

SENSORY PLAY

Sebagai seorang jurupulih carakerja, persoalan yang kerap ditanya oleh ibubapa adalah “kenapa anda hanya bermain dengan anak anak sepnjang sesi dijalankan?” Permainan dan bermain yang digunakan dalam Terapi Carakerja adalah sebagai modaliti untuk menilai dan meningkatkan kemahiran tertentu pada kanak-kanak.

“Sensory Play” yang biasa digunakan oleh Terapi Carakerja adalah untuk merangsang semua jenis sensori yang ada pada setiap kanak-kanak seperti deria sentuhan, penglihatan, rasa, bau dan pendengaran. “Sensory Play” yang melibatkan semua deria ini dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Bukan sahaja kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam ransangan sensori yang mendapat kebaikan melalui “Sensory Play” ini tetapi semua kanak-kanak.

Permainan sensori adalah sangat menyeronokkan dan tidaklah susah untuk anda aplikasikan bersama. Beberapa tips untuk memastikan anak anda mendapat Sensory Play dan sensory aktiviti sebanyak yang mungkin.

- Mengehadkan masa bersama gadget
- Menggalakkan anak anda untuk tolong bersama dalam penyediaan meja makan, atau kerja rumah yang mudah.
- Melawat taman permainan.
- Menggalakkan mereka berlari, memanjat, berpusing, menaiki basikal, untuk mengaktifkan sensori otot dan sendi, juga keseimbangan badan.
- Dan yang paling penting, biarkan kanak kanak mengkaji persekitaran mereka menggunakan deria rasa mereka yang ada untuk meningkatkan daya imaginasi, berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan mengkaji solusi sendiri.

#atfaljannah #selangor #kajang #bangi #cheras #klang #bukitraja #pahang #kuantan #terangganu #kemaman #sensoryplay #bermain


About Us