• Main
  • News

Selalu Juga Apabila Ada Kanak-kanak Yang Lambat Bercakap,

Selalu Juga Apabila Ada Kanak-kanak Yang Lambat Bercakap,

Selalu juga apabila ada kanak-kanak yang lambat bercakap, orang akan kata, "alah, biasa lah tu budak lelaki memang lambat bercakap".

Ibu ayah, jika anda menyedari kelainan pada tumbesaran percakapan anak anda jangan terus "in denial" dan ikut "gut feeling" anda. Anda lebih mengenali anak anda dan telah bersamanya sepanjang tumbesarannya.

Kadangkala ibubapa memaksa diri mengambil pendapat itu untuk menyedapkan hati dan tidak mengambil langkah-langkah proaktif sehingga membantutkan kemahiran pertuturan anak. Ada yang sudah masuk ke sekolah rendah namun tidak boleh berkomunikasi dan memahami percakapan orang lain.

Dapatkan khidmat nasihat pakar dengan segera. Sekiranya semua baik-baik sahaja, alhamdulillah syukur.

Sekiranya anak anda mendapat diagnosis "speech delay" maka anda boleh mengambil langkah-langkah sokongan seterusnya dan membantu melancarkan kemahiran pertuturan anak anda, antaranya dengan mendapatkan terapi pertuturan.

Atfal Jannah menawarkan servis TERAPI PERTUTURAN untuk membantu anak-anak anda bertutur secara vokal dengan lebih baik. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

#atfaljannah #speechdelay #speechtherapy #terapipertuturan