• Main
  • News

Tips Untuk Kesejahteraan Individu Dengan Spektrum Autisme

Tips Untuk Kesejahteraan Individu Dengan Spektrum Autisme

TIPS UNTUK KESEJAHTERAAN INDIVIDU DENGAN SPEKTRUM AUTISME

1. Dapatkan tidur yang mencukupi

Ramai individu dengan autisme menghadapi masalah untuk tidur. Tidur amat penting untuk rasa bertenaga. Anda boleh mencuba alat bantuan untuk tidur seperti selimut yang berat, lampu khas bantuan tidur, langsir yang tidak telus cahaya, bauan lavender dan mandian magnesium. Selain itu anda juga boleh memanfaatkan video bunyi-bunyian untuk tidur.

2. Beri perhatian kepada deria anda

Adakah sesetengah bunyi menjengkelkan anda? Adakah anda berasa sesak dengan bauan yang kuat? Atau adakah anda sensitif kepada cahaya atau tekstur. Jika ya, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kesannya seperti memakai earphone yang menghalang bunyi-bunyia luar, mengelakkan kawasan yang mempunyai cahaya yang terlalu terang dan sebagainya.

3. Menjaga pemakanan

Sesetengah individu dengan autisme menghadapi masalah mengenalpasti bahawa mereka lapar dan haus, jadi mereka selalu tidak makan mengikut waktunya. Anda boleh merancang rancangan pemakanan dan membuat peringatan agar anda makan dan minum mengikut waktu.

4. Bandingkan diri anda dengan orang lain untuk penambahbaikan

Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah sesuatu yang biasa tetapi bagi individu dengan autisme, ia boleh jadi sesuatu yang merosakkan keyakinan diri. Tuliskan kualiti positif pada diri anda dan tanyakan juga kepada orang sekeliling anda. Simpan senarai ini di tempat yang selamat dan baca senarai ini selalu agar anda mengingati bahawa anda seorang yang unik dan hebat.

5. Cari kumpulan anda

Jangan membuang masa, mencuba untuk fit in dalam kumpulan yang tidak serasi dengan jiwa anda. Fokus untuk berhubung dengan orang-orang yang berkongsi minat yang sama. Jika anda tidak menjumpai mereka secara fizikal, carilah mereka di atas talian.

6. Dapatkan kepastian jika anda dalam kebingungan

Jika anda berada dalam situasi yang membingungkan, berusahalah untuk mendapatkan kepastian. Kekalkan rutin dan struktur sebanyak mungkin. Buat jadual visual untuk membantu anda menjalani rutin. Ini dapat mengurangkan stress dari ketidakpastian.

7. Menerima 'stim' dengan hati terbuka

Stimming dapat membantu anda menjadi lebih relaks. Stimming merangkumi menari, bergerak-gerak ke depan dan belakang, menghayun badan, mengunyah, menggunakan fidget toys. Jangan takut dengan berfikir masyarakat mungkin tidak dapat menerimanya. Stimming adalah coping mechanism yang penting untuk anda, cari cara untuk anda dapat melakukan stimming dengan perasaan selamat.

8. Ambil masa untuk mengecas semula bateri sosial anda

Meluangkan masa dengan orang lain boleh jadi memenatkan. Dalam keadaan begini, jangan rasa serba salah untuk mendapatkan rehat. Anda boleh menerangkan keperluan anda kepada orang lain dengan berkongsi bahan-bahan bacaan agar mereka memahaminya.

9. Buat kit penghilang stress anda sendiri

Sediakan satu kotak atau beg kecil dengan bahan dan alat yang dapat bantu menenangkan anda dalam situasi yang menyebabkan stress. Disarankan untuk anda mempunyai satu bahan atau alat untuk setiap deria - contohnya untuk deria pendengaran, earphone yang dapat menghalang bunyi luar. Untuk deria bau, sediakan bauan kegemaran anda dan sebagainya.

Semoga bermanfaat! ????

#AtfalJannah #autisme #autism #autismacceptance