• Main
  • News

Spektrum Autisme : Adakah Anak Saya Boleh Bertutur

Spektrum Autisme : Adakah Anak Saya Boleh Bertutur

Spektrum Autisme : Adakah Anak Saya Boleh Bertutur Secara Normal?

Kebiasaannya kanak-kanak dengan spektrum autisme mengalami kesukaran untuk memahami percakapan, bertutur dan menyatakan kehendak.

Pertuturan mereka mungkin terhad kepada satu patah perkataan. Kebiasaannya mereka membuat bunyi atau perkataan yang tidak bermakna dan tidak boleh difahami (jargon).

Kanak-kanak dengan spektrum autisme juga boleh mengalami ekolalia, iaitu, pengulangan perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.

Dari sudut perubatan, masih belum terdapat ubat yang boleh merawat spektrum autisme. Kanak-kanak dengan spektrum autisme memerlukan rawatan multidisiplin atau terapi yang melibatkan pelbagai pakar dari bidang berbeza. Ini bagi membantu mereka mengatasi masalah yang berkaitan dengan kelewatan perkembangan.

Terapi dapat membantu mereka untuk mendapat kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka mengurus diri, belajar dan berkomunikasi dengan orang lain. Antara terapi yang penting untuk kanak-kanak dengan spektrum autisme adalah terapi pertuturan-bahasa.

Terapi pertuturan-bahasa bagi kanak-kanak autisme merangkumi:

1. Penilaian bahasa, pertuturan dan komunikasi
2. Terapi bahasa, pertuturan dan komunikasi
3. Penggunaan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif

Kesimpulannya, terapi pertuturan-bahasa yang diberikan kepada kanak-kanak dengan spektrum autisme bertujuan untuk memastikan mereka mendapat kemahiran yang sewajarnya bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan individu lain pada tahap yang optimum.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

#atfaljannah #speechtherapy #speechdelay #terapipertuturan #terapiautisme #autisme #autism #autismawareness #autismacceptance #pusatpsikologi #pusatrehabilitasi