• Main
  • News

Apa Yang Menyebabkan Sindrom Down?

Apa Yang Menyebabkan Sindrom Down?

Apa yang menyebabkan Sindrom Down?

Sel manusia mengandungi 23 pasang kromosom yang membawa maklumat genetik seseorang individu.

Individu dengan sindrom down, mempunyai kelainan semasa pembahagian sel. Ini menyebabkan pasangan kromosom ke-21 mereka mempunyai lebih satu kromosom dan menyebabkan kondisi sindrom down.

Antara ciri-ciri yang lazim dapat dilihat pada individu dengan sindrom down termasuk:

1. Bentuk muka yang rata
2. Saiz kepada yang lebih kecil
3. Keadaan lidah yang menjulur keluar
4. Paras ketinggian yang rendah
5. Saiz telinga yang lebih kecil
6. Saiz tapak tangan yang lebih kecil
7. Paras kekuatan otot yang lemah
8. Saiz leher yang lebih pendek

Sindrom down boleh dikesan seawal kandungan berusia 10-14 minggu dengan ujian pada cecair ketuban untuk mengesan sekiranya terdapat lebih bilangan kromosom pada kromosom 21.

Hubungi kami untuk maklumat mengenai program dan servis yang ditawarkan di Atfal Jannah untuk kanak-kanak dan individu dengan sindrom down.

#atfaljannah #sindromdown #downsyndrome #pusatpsikologi #pusatrehabilitasi