• Main
  • News

Autisme Dan Terapi

Autisme Dan Terapi

AUTISME DAN TERAPI

Autisme merupakan kelainan dalam tumbesaran neuro sepanjang hayat. Sehingga hari ini, masih belum ada rawatan/ubat-ubatan ataupun terapi yang dapat menyembuhkan autisme.

Tetapi, kualiti hidup dan kebolehan berdikari individu dengan autisme boleh ditambahbaik dengan terapi.

Bergantung kepada tahap gangguan spektrum autisme, terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh disertai oleh individu dengan autisme sebagai contoh, untuk meningkatkan kemahiran untuk berkomunikasi, mereka boleh menyertai terapi pertuturan.

Untuk meningkatkan kemampuan berdikari dalam menguruskan kehidupan seharian, terapi tingkahlaku, pengurusan diri dan carakerja amat membantu.

Terapi seperti terapi air, berkuda dan bermain, dapat memberikan kepuasan dan kegembiraan selain membantu dalam meningkatkan keyakinan dan kemampuan dalam mengikut arahan.

Selain terapi fizikal, terdapat juga kelas-kelas solat & pembacaan Iqra' & Al-Quran yang menerapkan unsur-unsur keagamaan yang bersesuaian mengikut tahap kefahaman individu.

#atfaljannah #autisme #autism #autismacceptance #speechdelay #downsydrome #sindromdown